LONDON: Penumpang pesawat yang ditumbuk Mike Tyson selepas dia terus “bising” terhadap petinju itu sudah melantik peguam.
Bintang tinju itu melepaskan tumbukan terhadap Melvin George Townsend III selepas dia dikatakan dibaling botol ketika menaiki pesawat JetBlue.
Wakil kepada petinju berasal dari Brooklyn itu mendakwa tindakan berkenaan dilakukan selepas perbuatan Townsend yang juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya di Lapangan Terbang San Francisco.
Namun saman akan dikeluarkan kepada Tyson ketika Townsend – yang sebelum ini pernah didakwa kerana mencuri dan menipu – sudah mengupah peguam lapor TMZ.
Peguamnya, Matt Morgan daripada Morgan & Morgan, berkata Townsend “menjadi sangat teruja” – tetapi menafikan membaling botol ketika pertelagahan itu.
“Anak guam kami ialah peminat nombor satu Mike Tyson,” katanya kepada TMZ.
“Apabila Mike Tyson menaiki pesawat, dia menjadi terlalu teruja. Pada mulanya perbualan mereka biasa sahaja.
“Pada satu ketika, Mr Tyson jelas berang dengan peminat yang terlalu teruja itu dan membalasnya dengan cara yang agresif.
“Situasi itu boleh dielakkan dengan hanya memanggil pegawai penerbangan. Anak guam kami menafikan dia membaling botol sebelum ditumbuk Mr Tyson.”
Sumber : AGENSI
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter