23 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Pengunjung Zoo Nak Buat Konten Video, Kena Tarik Dengan Orang Utan

Niat untuk membuat video bertukar panik apabila orang utan di zoo tersebut menarik baju dan kaki seorang lelaki mendekati sangkar.

Bila pergi ke zoo, mesti ramai yang teruja untuk melihat pelbagai jenis haiwan daripada spesies mamalia, burung, reptilia dan sebagainya.

Best juga dapat pergi zoo sebab boleh bergambar, bagi makanan dan ada sesetengahnya yang kita boleh pegang sendiri badan mereka.

Dalam pada masa sama, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung seperti tidak menyentuh haiwan terlarang dan berbahaya tanpa pengawasan petugas.

Lelaki ditarik oleh orang utan di zoo

Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik oleh pengguna TikTok (LeonardoHardi) menunjukkan seorang lelaki ditarik oleh seekor orang utan ketika cuba berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Video itu memaparkan lelaki tersebut meletakkan kamera di hadapan sangkar orang utan berkenaan untuk dijadikan sebagai konten. Namun keadaan bertukar panik apabila haiwan berkenaan menarik baju dan kaki pengunjung ketika berinteraksi.

Risau jika dirinya dicederakan oleh orang utan, lelaki itu cuba melepaskan dirinya berkali-kali daripada cengkaman orang utan tetapi tidak berjaya.

Menurut laporan, dia akhirnya berjaya membebaskan diri selepas meminta pertolongan dan bantuan pengunjung lain di kawasan tersebut.

Rakaman kejadian yang berlaku di Indonesia ini telah meraih 12.4 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik.

Terima reaksi dari seluruh dunia

Video yang tular itu telah mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat seluruh dunia selepas ruangan komen penuh dengan bermacam-macam bahasa.

Mana tidaknya, kejadian seperti itu jarang-jarang dilihat di zoo.

Ada juga yang bergurau mungkin orang utan itu cuma mahu memeluk lelaki berkenaan.

Tak salah nak konten video, tapi kena lebih berhati-hati dengan kawasan sekeliling terutamanya apabila melibatkan haiwan yang berbahaya.

Kalau penulis di tempat lelaki itu, memang menangis oi! Mungkin trauma terus bila ternampak orang utan pada masa akan datang.

Sumber : The Rakyat Post

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 11:48 am

Latest Articles

Skip to toolbar