20.5 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Penghantar barang maut selepas tercampak atas bumbung kereta yang di pandu warga emas

Hasrat seorang penghantar barang untuk bersiar-siar di Pulau Indah, Klang dengan menunggang motosikalnya bertukar tragedi apabila maut merempuh sebuah kereta di Kilometer 50 Jalan Klang-Teluk Intan di sini hari ini.

Lebih memilukan, kemalangan pukul 9.50 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 26 tahun berkenaan tercampak atas bumbung kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa yang menunggang Yamaha Y15 bersendirian datang dari arah rumahnya di Kampung Tebok Berihun, Sabak Bernam menuju ke Pulau Indah.

Katanya, ketika kejadian sebuah Proton Saga dipandu wanita berusia 67 tahun dari arah bertentangan dipercayai tiba-tiba memasuki simpang di jalan tersebut.

“Mangsa yang berada di jalan lurus tidak sempat mengawal motosikal lalu merempuh pintu depan penumpang sebelah kereta tersebut.

“Rempuhan itu kemudian menyebabkan penunggang berkenaan tercampak ke atas bumbung kereta lalu meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Jelas Ramli, pemandu warga emas itu tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sejauh 400 meter.

“Namun, wanita yang cedera ringan di pinggang itu sempat diberhentikan oleh saksi bebas di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Najmi Abd. Rahman di talian 017-8028105 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 24, 2022 10:36 pm

Latest Articles

Skip to toolbar