21.6 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Pengeluaran Khas | KWSP umum terima 5.3 juta permohonan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, yang membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

KWSP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April ini.

“Ia membabitkan 55 peratus ahli B40 yang layak (berpendapatan kurang daripada RM1,700); 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900), dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4, 900) manakala sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif turut mengemukakan permohonan.

“Kaum Bumiputera Melayu merangkumi jumlah pemohon tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus, diikuti Cina (12 peratus), India (tujuh peratus) manakala 17 peratus lagi terdiri daripada Bumiputera Sabah dan Sarawak serta bukan warga negara.

“Berdasarkan maklum balas daripada ahli yang memohon kemudahan ini, tiga sebab utama permohonan dibuat iaitu mengalami pengurangan pendapatan (24 peratus), membantu pasangan atau ahli keluarga yang terjejas kewangan (23 peratus, dan menambah sumber kewangan (14 peratus).

“Manakala tujuan pengeluaran bagi menampung perbelanjaan keperluan asas harian dan bulanan (40 peratus), membayar tunggakan hutang (26 peratus), menambah simpanan dan dana kecemasan (8 peratus) dan membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan (tujuh peratus).

“Sebanyak 27 peratus lagi adalah untuk tujuan lain seperti membayar pendidikan anak-anak, perbelanjaan lain dan pelaburan,” katanya.

Dalam pada itu, KWSP menegaskan, bahawa setiap aspek keselamatan sudah diambil bagi mengelakkan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab atau ‘scammers’ daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan ahli.

Justeru, setiap ahli dinasihatkan supaya tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan Pengeluaran Khas mereka di platform media sosial dan berhati-hati apabila mengeluarkan wang bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“KWSP mengingatkan ahli untuk mempertimbangkan ketersediaan pendapatan jangka panjang mereka dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu serta membelanjakan wang mereka dengan bijak untuk tujuan yang sesuai,” katanya.

Tarikh tutup untuk kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April 2022 dan ahli boleh memohon melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 1:49 pm

Latest Articles

Skip to toolbar