21.4 C
Malaysia
Sunday, December 10, 2023

Pengeluaran ayam sebenarnya cukup, tapi terjejas akibat 3 faktor, kata timbalan menteri

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ahmad Hamzah berkata, pengeluaran ayam dalam negara sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan pengguna, tetapi ia terjejas akibat tiga faktor utama.

“Jumlah pengeluaran ayam setiap bulan adalah 60 ke 62 juta ekor berbanding keperluan kita hanya 54 juta ekor,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini.

Beliau berkata, tiga faktor itu ialah kenaikan kos makanan haiwan, cuaca ekstrem dan masalah pekerja yang dihadapi penternak ayam.

“Jangan buat andaian. Ketika ini, kementerian sentiasa mengadakan libat urus dengan penternak untuk mendapatkan maklum balas berhubung masalah yang mereka hadapi.”

Ahmad berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) menyerahkan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menyiasat laporan kartel mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar.

Dalam perkembangan lain, Ahmad meminta penternak mengemukakan permohonan subsidi ayam secepat mungkin.

“Jangan salahkan Mafi sahaja. Kita harap penternak mempercepatkan permohonan subsidi,” katanya selain mengingatkan pemohon perlu mengemukakan permohonan bersama dokumen sokongan lengkap untuk kelulusan pembayaran.

Semalam, Mafi mendedahkan RM50 juta subsidi sudah dibayar di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia yang dilaksanakan sejak 5 Feb lalu bagi meringankan beban kos pengeluar ayam yang meningkat.

Dalam kenyataan ia memaklumkan, kerajaan menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta.

Susulan itu, ahli Parlimen pembangkang, Steven Sim dilaporkan berkata, kenyataan Mafi berhubung pembayaran subsidi ayam hanya berjumlah RM50 juta sehingga kini sebagai mengakui kerajaan sekali lagi gagal dalam menguruskan isu industri ayam.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 9, 2023 11:12 pm

Latest Articles

Skip to toolbar