26 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Pengedar dadah berjaya loloskan diri

Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berjaya meloloskan diri ketika proses tangkapan dilaksanakan di sekitar Taman Maluri, Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, terdahulu, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi 52 saat di laman Facebook.

“Video berkenaan memaparkan beberapa individu (anggota polis) yang menaiki motosikal sedang melaksanakan tangkapan terhadap suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC di persimpangan lampu isyarat, Taman Maluri.

“Suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan ketika proses tangkapan dilaksanakan, anggota polis cuba merampas anak kunci namun gagal kerana tiada anak kunci,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek sehingga berjaya ditangkap.

“Polis juga ingin menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak tepat.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92845051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999,” jelasnya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 9:39 am

Latest Articles

Skip to toolbar