22.1 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Pengawal lagak samseng, tahan pelajar bukan main garang

PETALING JAYA – Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan gelagat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah universiti awam bersikap biadap terhadap pelajar.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, Wan Mehsan, dapat dilihat sekumpulan pelajar ingin memasuki ke dalam kawasan universiti berkenaan dengan menaiki sebuah kenderaan.

Namun, mereka ditahan oleh pengawal berkenaan ketika melalui pintu kawalan masuk yang bertanyakan tujuan dan lokasi yang ingin dituju pelajar terbabit.

Kemudian, lelaki tersebut turut meminta kad pelajar sebagai pengesahan dan malangnya mereka terlupa membawanya.

Apa yang menjadi pertikaian orang ramai adalah sikap pengawal keselamatan tersebut apabila dengan kasar menegur pelajar-pelajar terbabit serta cara percakapannya dianggap ‘biadab’.

“Senang betul kan korang (kalian), masuk kampus tak bawa kad matrik, suka hati kau je!.

“Kau tahun berapa?,” kata lelaki tersebut dengan kasar.

Dalam pada itu, pemilik akaun Twitter tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pengawal keselamatan terbabit dan berharap agar teguran diberikan kepadanya oleh pihak universiti.

“Memang ada peraturan untuk tunjukkan kad matriks, tapi sebagai pengawal keselamatan yang beradab dalam kawasan menuntut ilmu, tak akan kau tak faham yang kau perlu beradab.

“Tengoklah macam mana cara guard layan mahasiswa? sedangkan boleh cakap elok-elok untuk minta kad matrik,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menggelarkan pengawal tersebut ‘mat rempit’ kerana lagaknya seperti samseng.

“Memang betul-betul mat rempit cara cakap itu, cuma versi pakai uniform kerja, boleh rasanya cakap baik-baik dari terus tengking,” tegur seorang pengguna.

“Dia rasa dia berkuasa, hak untuk tahan pelajar masuk kampus, bahasa pun tak perlu jaga, manusia dahulukan adab, bukan pangkat,” ciap pengguna lain.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 6, 2023 2:57 pm

Latest Articles

Skip to toolbar