21.8 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Pengawal keselamatan curi kabel di tempat pembinaan

Jasin: Curi kabel tembaga penebat kilat di tapak pembinaan sebelum dijual bagi mendapatkan wang mudah.

Itu tindakan seorang pengawal keselamatan bersama dua rakannya yang dicekup polis kurang 24 jam selepas melakukan jenayah itu Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, tangkapan dibuat susulan laporan dibuat seorang jurutera projek di tapak pembinaan di Lipat Kajang, di sini, berhubung kehilangan 21 gelung tembaga.

Katanya, pengadu berusia 30 tahun itu memaklumkan semua tembaga berkenaan disimpan di dalam kontena di tapak pembinaan itu dan kerugian dianggarkan berjumlah RM42,000.

“Kehilangan 21 gelung tembaga itu disedari pengadu ketika memeriksa kontena itu kira-kira jam 1 tengah hari pada 7 April lalu.

“Pengadu yang mengesyaki kehilangan tembaga ada kaitan dengan pengawal keselamatan bertugas di tapak itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Jasin,” katanya tadi.

Mispani berkata, bertindak atas laporan, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin melakukan siasatan dan berjaya menahan pengawal keselamatan berusia 35 tahun pada jam 2 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, penahan suspek membawa kepada tangkapan dua lagi lelaki iaitu bekas pengawal keselamatan di tempat sama berusia 31 tahun dan penganggur berusia 34 tahun.

“Hasil soal siasat, mereka mengaku mencuri empat gelung tembaga setiap satu seberat 50 kilogram dan dijual kepada seorang pembeli barangan terpakai di Batu Berendam.

“Pengawal keselamatan itu adalah dalang yang bertindak mengambil kunci kontena di pejabat sebelum mencuri empat gulung tembaga bersama suspek kedua.

“Mereka kemudiannya mengajak rakan mereka menjualnya kepada pembeli terbabit,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Mispani berkata, polis berjaya merampas semula empat gelung tembaga dicuri itu daripada pembeli terbabit.

“Suspek menjual empat gelung tembaga itu pada harga RM6,000, namun hanya menerima RM3,000 sahaja sebelum mereka ditangkap,” katanya.

Mispani berkata, semakan mendapati ketiga-tiga suspek memiliki rekod jenayah lampau termasuk kes samun, curi dan dadah, namun ujian saringan air kencing mereka adalah negatif.

“Ketiga-tiga mereka direman lima hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 4:00 pm

Latest Articles

Skip to toolbar