21.5 C
Malaysia
Tuesday, December 12, 2023

Pengasas kosmetik Cik Non meninggal dunia

Pengasas produk kosmetik, Nor Syahada Aisyah Mohd. Yasin, 30, atau lebih dikenali sebagai Cik Non dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Pemergian tersebut dimaklumkan oleh suaminya menerusi satu klip video di laman sosial TikTok hari ini.

“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri Nor Shadah Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi, ” katanya.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, suaminya turut memohon maaf bagi pihak arwah (Cik Non) jika ada melakukan sebarang kesilapan sepanjang hayatnya.

Menurutnya, tiada siaran langsung akan dibuat susulan pengkebumian isterinya di atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

“Saya dari pihak dia (Cik Non) ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa dan sekiranya ada apa-apa yang dia buat, maafkanlah dia.

“Mungkin saya tidak akan buat ‘live’ (siaran langsung) semasa kebumikan dia dan tidak dapat menunjukkan jenazah,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai punca kematian, beberapa individu di Facebook mendakwa bahawa Cik Non meninggal dunia akibat jangkitan kuman yang bermula daripada sakit perut, cirit birit sehinggalah dia ditidurkan.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai mengucapkan takziah di atas pemergian Cik Non dan memohon mana-mana individu untuk tidak berkongsi video atau foto arwah yang pernah tular sebelum ini.

“Lama tak tengok Cik Non, dah lama sakit ke? Tapi kalau tengok dia makan ubat putih tu memang seram la. Apapun Alfatihah untuk arwah,” kata Maslina.

“Jangan lihat permulaan dia tetapi pengakhiran dia. Satu Malaysia doakan dia. Semoga Allah tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” ucap Shakira.

“Salam takziah kepada keluarga dan video-video dia boleh la padam dan orang ramai juga tidak perlu kongsikan semula,” ujar Farahiah.

Terdahulu, Cik Non pernah tular di laman sosial dan juga terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan ubat kurus.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 11, 2023 7:43 pm

Latest Articles

Skip to toolbar