PETALING JAYA: Penganjur kempen derma darah di Johor memohon maaf kerana menyerahkan mee segera berperisa babi dalam pek hadiah kepada penderma, menyifatkan ia sebagai satu kesilapan di pihak mereka.
Pengerusi jawatankuasa penganjur acara Lou Kok Meng berkata mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya. “Kami mengambil maklum perkara itu dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa menyiasat kejadian itu. "Seorang wakil telah berjumpa dengan jabatan pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail untuk memberikan penjelasan," Lou dipetik sebagai berkata. Lou menambah bahawa apa yang mereka boleh lakukan buat masa ini ialah memohon maaf, terutamanya kepada penderma darah. Semalam, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh kementerian kesihatan berhubung perkara itu. Beliau berkata pek hadiah dihulurkan kepada mereka yang telah menderma darah. “Sesetengah penerima adalah beragama Islam dan mereka mendapati bahawa mi segera itu berperisa daging babi.”
Sumber : Free Malaysia Today
Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube