21.1 C
Malaysia
Wednesday, June 7, 2023

Penganjur Jawab Kontroversi Haqiem Stopa Ke Sekolah Bagi Motivasi

Kemunculan influencer TikTok, Haqiem Stopa ke sekolah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Orang ramai mempersoalkan atas dasar apa pemuda itu dijemput ke sekolah sedangkan dia tidak menyumbang kepada kemajuan negara.

Terbaru, penganjur Projek Belia Mahir dalam satu kenyataan berkata program ‘Cerita Orang Gagal’ dilaksanakan melalui inisiatif jelajah ke sekolah-sekolah terpilih ke seluruh negara.

Cerita Orang Gagal menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk untuk berkongsi pengalaman hidupnya.

Jelasnya, tahun ini Cerita Orang Gagal membicarakan mengenai Buli Itu Jenayah. Pihaknya menampilkan bekas pembuli yang mempunyai masa lalu yang negatif di Sekolah Henrey Gurney.

Selain itu, pihaknya menjemput orang yang sedang dibuli di alam maya atau dipanggil dikecam.

Perkongsian kedua pula menampilkan Hakiem Stopa, seorang influencer social media yang mana pengisiannya berkisar tentang permotoran. Berpendidikan sehingga Tingkatan 3 dan mula merantau ke Kuala Lumpur seawal usia 16 tahun.

Nama beliau mula dikenali selepas mencetuskan provokasi di media sosial dan juga terperangkap dengan persepsi politik terhadap beliau.

Beliau hanyalah seorang peniaga kecil mencetak baju untuk aktiviti permotoran.

Berperanan sebagai pembimbing, Rizan Hassan berkata tiada sebarang bayaran dikenakan terhadap sekolah atau jemputan. Kos perjalanan dan penginapan juga ditanggung sendiri. Beliau bersyukur sekolah sudi memberikan sijil penghargaan kepada pihaknya.

Yang dulu kawan kini tiba-tiba menolak jadi kawan tak apa, anda terus jadi kawan saya kerana saya amat hargai anda. Yang dah jemput ke sekolah tapi terpaksa batalkannya saya faham kerana kita di Malaysia memang perlu ada semangat.

Apa-apa pun beliau berterima kasih kepada sesiapa yang memahami perjuangannya dalam menyokong orang-orang gagal untuk bangkit.

Kredit: Cerita Orang Gagal

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 6, 2023 10:31 pm

Latest Articles

Skip to toolbar