Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah Rapid KL adalah percuma selama sebulan bermula serta-merta, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu hari ini.
The Malay Mail melaporkan bahawa langkah itu adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. Perkhidmatan di bawah Rapid KL yang akan percuma selama sebulan bermula hari ini ialah bas MRT, LRT, BRT, Monorel dan Rapid KL.

MRT Laluan Putrajaya baharu akan dibangunkan dalam dua fasa dan akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira dua juta penduduk dari Kwasa Damansara sehingga ke Putrajaya. Laluan MRT Putrajaya terdiri daripada 12 stesen antara Kwasa Damansara dan Kampung Batu, dan boleh digunakan oleh orang ramai mulai 3 petang hari ini. FMT melaporkan bahawa Fasa 2 laluan MRT akan melalui "kawasan strategik" di pusat bandar Kuala Lumpur seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park dan Tun Razak Exchange (TRX). Ia juga diharapkan bahawa laluan baharu itu akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar.
Sumber : Free Malaysia Today
Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube