22.9 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Pemotong rumput maut dirempuh Alza, pemandu dipercayai tiada lesen

“Pemandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemeriksaan awal mendapati remaja terbabit tidak mempunyai lesen memandu yang sah,” ujarnya.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga Myanmar maut akibat dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dalam kejadian di Jalan Pintasan Semeling berhampiran Taman Malinja, Bedong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Cinglowpa, 29, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala rakan senegaranya, Jamal Husson Fozol Haque, 33, patah bahu kanan.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang berehat selepas melakukan kerja-kerja memotong rumput di situ.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dua lelaki warga asing itu bekerja dengan sebuah syarikat penyelenggara kebersihan.

Katanya, mereka dikatakan sedang berehat di bahu jalan sebelum dirempuh MPV jenis Perodua Alza.

“Kenderaan dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun yang datang dari arah lampu isyarat Semeling itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh dua pokok di kiri jalan..

“MPV tersebut kemudian merempuh kedua-dua mangsa dan sebuah motosikal dipercayai milik salah seorang mangsa,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemeriksaan awal mendapati remaja terbabit tidak mempunyai lesen memandu yang sah,” ujarnya.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 4:48 pm

Latest Articles

Skip to toolbar