21.8 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Pemilik pening kepala, keluarga pengantin tabur tar jalan tanpa kebenaran

PETALING JAYA – Tindakan sebuah keluarga pengantin menabur tar jalan di halaman sebuah rumah yang disewa mereka untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan tanpa kebenaran pemilik telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi perkongsian pengguna Instagram, Hayatbun, dia memuat naik gambar memaparkan keadaan halaman berumput rumah berkenaan telah dipenuhi tar jalan.

Menurut pengguna tersebut, keluarga pengantin berkenaan melakukan perkara itu bertujuan bagi mengelakkan kawasan berlecak kerana bimbang tetamu yang hadir tidak selesa.

“Ada seorang pelanggan, dia sewa sebuah halaman rumah sebagai lokasi majlis perkahwinan anaknya, dia pergi tabur tar jalan sebab kata tak nak bagi berlecak untuk kenduri anak dia tanpa pengetahuan pemilik rumah berkenaan.

“Daripada cantik rumput, jadi macam ini dan tak sangka wujud manusia tiada otak macam ini,” tulisnya.

Hantarannya itu telah menjadi tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna Twitter sejak semalam.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Raisa memaklumkan sebelum ini dia dan pasangannya telah menyewa lokasi sama untuk meraikan majlis perkahwinan mereka.

Katanya, ketika membuat tinjauan lokasi, halaman tersebut dilihat cantik dengan dipenuhi rumput-rumput hijau, namun keadaan menjadi berbeza apabila tiba hari kejadian.

“Saya pun kahwin dekat tempat ini, masa buat tinjauan lokasi, nampak cantik dan memang masih ada rumpu-rumput, tapi masa hari majlis, dah ada tar jalan, saya ingat pemilik yang buat, rupanya kerja pelanggan sendiri,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan pelanggan tersebut.

“Kalau aku pemilik itu, memang aku suruh buat jadi macam asal balik dan tambah saman sekali sebab rosakkan harta aku,” ujar Ijat.

“Kalau nak lokasi majlis jalan tar, buat atas padang kawad, dah sewa kawasan orang, jangan gatal tangan nak ubah itu ini, perangai macam ini pun wujud,” ujar Qilman.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,327
Total active cases
Updated on September 22, 2022 4:39 pm

Latest Articles

Skip to toolbar