27.1 C
Malaysia
Monday, December 11, 2023

Pemilik baharu Chelsea Akan Diketahui Hujung Bulan Depan

LONDON: Chelsea dijangka mendapat pemilik baharu pada hujung bulan depan dengan hanya empat pembida masih bersaing.

Bank pelaburan Amerika Syarikat (AS), Kumpulan Raine memberitahu empat pihak yang masih bersaing ada masa hingga 11 April untuk menghantar tawaran mereka yang sudah diperbaharui buat kelab itu.

Ketika kerajaan mahu ia dilakukan secepat mungkin, dijangkakan perjanjian akan ditandatangani dalam tempoh lima minggu lagi. Dan perkara itu mesti mendapat kelulusan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kerajaan.

Semua empat pembida masih bersaing termasuk ada kaitan dengan francais sukan dari AS dengan hanya dua memiliki kaitan tulen dengan British.

Ia adalah konsortium diketuai bekas pemilik British Airways, Sir Martin Broughton dan Lord Sebastian Coe, yang mendapat dana dari AS menerusi Josh Harris dan Dave Blitzer.

Harris dan Blitzer, yang memiliki pasukan NBA, Philadelphia 76ers NBA dan pasukan hoki ais, New Jersey, perlu menjual pemilikan saham mereka dalam Crystal Palace jika tawaran terhadap Chelsea itu diluluskan.

Pemilik bersama LA Dodgers, Todd Boehly menjadi antara pilihan termasuk lelaki terkaya Switzerland, Hansjorg Wyss dan pemilik syarikat hartanah di London, Jonathan Goldstein.

Keluarga Ricketts, pemilik Chicago Cubs, melepasi halangan sebenar minggu lalu walaupun gagal meyakinkan kelab penyokong Chelsea untuk meluluskan kempen mereka.

Dan pembida keempat diketuai jutawan yang juga pemilik Boston Celtics, Stephen Pagliuca.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 11, 2023 5:32 am

Latest Articles

Skip to toolbar