KUALA LUMPUR: Seorang pemandu Perodua Myvi ditahan kerana memandu secara berbahaya dan menggunakan kayu untuk mengancam pemandu lain. Selain itu, dia telah ditahan kerana kes curi kenderaan di Lembah Klang dan Johor. Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan semalam di Kuala Selangor.
“Tangkapan itu membolehkan kami menyelesaikan kes kecurian kenderaan yang dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama. Polis turut merampas kunci kereta dan alat kawalan jauh, Perodua Myvi berwarna putih dengan plat pendaftaran palsu PGT124, rotan 90cm, dua set kunci motosikal Yamaha dan tiga motosikal plat pendaftaran palsu. Beh berkata, suspek yang pernah melakukan kesalahan jenayah sebelum ini direman tiga hari sehingga Ahad. Pemandu itu ditahan pada Isnin selepas video berdurasi 27 saat dikongsi secara meluas menunjukkan seorang lelaki memandu secara berbahaya dan menggunakan sebatang kayu untuk mengancam pemandu lain di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berhampiran Taman Layang-Layang, Kepong. Pada Ahad, Beh berkata seorang pemandu telah membuat laporan mengenai Myvi dipandu secara berbahaya dan berzig-zag di sepanjang jalan berhampiran Taman Layang-Layang, Kepong. Sebuah klip video telah dikongsi secara meluas di media sosial. Pengadu berkata, pemandu di hadapan membrek beberapa kali menyebabkan dia hampir melanggar Myvi itu. Apabila pengadu membunyikan hon pada Myvi, pemandu itu melambai kayu panjang dan mula menjerit sesuatu.
Sumber : Free Malaysia Today
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter