23.1 C
Malaysia
Sunday, October 2, 2022

Pemandu lori tetak 4 ahli keluarga dipenjara 15 tahun, 8 sebatan

Kota Tinggi: Pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan mendatangkan cedera parah terhadap empat ahli keluarga pada 14 April lalu.

Tertuduh, Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku faham dan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norsiah Ujang selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Norsiah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman penjara dijalankan secara serentak bermula tarikh tangkapan pada 20 April lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata parang panjang terhadap ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama bagi pertuduhan lain membabitkan isterinya, Norwahida Rosli, 33; adik ipar perempuan, Norwadiha Rosli, 32, dan adik ipar lelaki, Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzaman, 16.

Mohd Hadi didakwa melakukan kesemuan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil di sini, pada 7.45 malam 14 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) dan dibacakan bersama mengikut Seksyen 326 (A) KK.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 326 KK, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Untuk Seksyen 326 (A) KK pula boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh dua kali ganda dari tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi, manakala tertuduh diwakili Nurshuhadah Mahzan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mencederakan ibu mentua terlebih dahulu dengan menekup muka mangsa sebelum wanita itu berjaya melepaskan diri, namun tertuduh mengambil parang panjang berukuran 79 sentimeter dan menetak kepala mangsa.

Tertuduh turut menyerang adik ipar perempuan yang cuba membantu ibu mentuanya dan kemudiannya tertuduh menyerang adik ipar lelakinya yang ketika itu cuba menghubungi pihak berkuasa sebelum menyerang isterinya yang bersembunyi di bilik.

Tertuduh kemudiannya bertindak melarikan diri menggunakan kereta Honda Accord.

Sementara itu, dalam hujah rayuannya, Nurshuhadah memaklumkan tertuduh mohon hukuman penjara diringankan dengan kadar paling minimum dan jika boleh berjalan serentak.

Menurutnya, kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat tertuduh yang hilang pertimbangan kerana sering diasak ibu mentua berkaitan dengan wang berjumlah RM4,000.

“Akibat daripada keletihan kerana baharu pulang bekerja, tertuduh bertindak sedemikian yang mana merupakan perkara yang disesalinya sebelum menyerah diri secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada 20 April lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Irsyad meminta agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana perkara itu membabitkan nyawa, selain faktor kepentingan awam yang lebih mustahak daripada kepentingan peribadi tertuduh.

Sumber : Harian Metro / Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,769
Total active cases
Updated on October 2, 2022 1:34 pm

Latest Articles

Skip to toolbar