23.3 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Pemandu lori tersepit maut

Kuantan: Pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas ketika menuruni kawasan berbukit di kuari Bukit Pengorak, Jalan Kuantan-Kemaman, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa berusia 41 tahun berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu lori yang membawa muatan tanah menuruni kawasan berbukit di kuari Bukit Pengorak ke arah Gebeng.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lori terbabit tiba-tiba dipercayai hilang kawalan dan mangsa cuba terjun dari kenderaan itu tetapi gagal.

“Mangsa tersangkut pada pintu pemandu sebelah kanan sebelum lori terbabas ke tebing tanah.

“Akibat kemalangan terbabit, mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, kejadian diklasifikasi mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai 11 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 4:48 pm

Latest Articles

Skip to toolbar