21.8 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Pemandu lawan arus positif dadah

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita tempatan kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan berlakunya kemalangan di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial apabila satu rakaman video berdurasi lapan saat menunjukkan kemalangan yang berlaku di laluan sehala.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Rupiah Abd Wahid, kejadian kira-kira 1.45 pagi itu dipercayai berlaku apabila wanita berusia 30 tahun itu memandu Toyota Vios secara melawan arus dan melanggar bahagian hadapan dan sisi kanan sebuah kereta lain.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan namun ujian saringan air kencing suspek yang juga penganggur itu didapati positif dadah jenis amphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Berikutan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan supaya menyalurkannya kepada IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 8:02 pm

Latest Articles

Skip to toolbar