21.8 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Pemandu bas dirakam JPJ, leka berbalas WhatsApp semasa memandu

KUANTAN – Akibat terlalu asyik dan leka membalas mesej menerusi aplikasi WhatsApps, seorang pemandu bas tidak menyedari aksinya dirakam oleh pihak berkuasa ketika membuat penyamaran.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, pasukan penyamaran telah mengesan seorang pemandu bas ekspres melakukan kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan membaca dan membalas mesej menerusi aplikasi Whatsapp semasa memandu bas dengan sebelah tangan memegang stereng adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang boleh membahayakan nyawa penumpang, ujarnya.

“Penumpang lain tidak nampak tapi kami (JPJ) nampak !.”

“Tiga pasukan penyamaran dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang telah menyamar sebagai penumpang bas di laluan Kuantan-Temerloh, Muadzam Shah-Segamat dan Kuantan–Kemaman.

“Oleh kerana terlalu asyik bermain telefon bimbit, beliau tidak menyedari aksinya telah dirakam oleh pasukan penyamaran,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Justeru jelasnya, tindakan bagi kesalahan tersebut telah di ambil dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 , Kaedah- Kaedah Pengangkutan Jalan Di Bawah Kaedah 17A(1)RTR1959 Mengguna Telefon Bimbit Semasa Memandu.

Difahamkan sebanyak tiga pasukan penyamaran telah digerakkan setiap hari dan 24 buah bas telah dinaiki oleh pasukan itu sepanjang Ops Hari Raya Aidiladha (Ops HRAA 2022) yang bermula dari 7 Julai hingga 13 Julai lalu.

Sumber : Malaysia Gazette

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 4:00 pm

Latest Articles

Skip to toolbar