PETALING JAYA: Seorang pemain bola sepak yang mewakili Selangor rebah dan meninggal dunia di sini ketika menjamu selera bersama rakan sepasukan selepas tamat perlawanan. Selangor FC menghantar ucapan takziah kepada mangsa, Muhammad Husni Idrus, 20, di Facebook awal Khamis (26 Mei). Mereka tidak menyatakan punca kematian tetapi meminta keluarga si mati diberi privasi. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood, dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata kejadian itu berlaku pada Rabu (25 Mei) malam di Sunway X Park di sini. “Mangsa adalah pemain bola sepak yang mengambil bahagian dalam Piala Presiden, mewakili Selangor. “Selepas perlawanan dengan Johor, dia dan beberapa rakan sepasukan pergi makan tetapi dia mula mengalami kesukaran bernafas dan tidak sedarkan diri,” katanya sambil menambah mangsa menghidap asma. “Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.
Kes itu telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber : The Star Online
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter