26 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Pelanggan muntah nampak ulat berenang dalam kuah laksa

SUAPAN penuh penyesalan.

Begitulah kisah malang seorang wanita apabila menemui seekor ulat hidup dalam semangkuk laksa yang dibeli dari sebuah premis di Kajang, Selangor.

Menurut pengadu yang dikenali sebagai Lya Dhanea, dia yang loya melihat haiwan itu turut muntah sebelum bertindak membuang hidangan tersebut ke dalam tong sampah.

“Kejadian tu pada 7 Julai lalu. Saya buat tempahan menerusi aplikasi Shopee Food dalam jam 5 petang.

“Selepas balik kerja, saya makan laksa itu selepas waktu Maghrib. Selepas makan dua tiga suap, saya baru perasan ada seekor ulat sedang bergerak.

“Saya rasa mungkin ulat tu datang dari sayur yang digunakan. Ia masih hidup dan bergerak. Selepas muntah, saya buang laksa itu serta satu lagi hidangan lain yang dibeli dari kedai sama,” ujarnya.

Menurut Dhanea yang menetap di Kajang, dia ada membuat aduan mengenai kejadian berkenaan namun masih belum menerima respons daripada kedai makan tersebut yang popular dengan hidangan laksa sehingga ke hari ini.

Tambah eksekutif berusia 26 tahun itu, dia masih berharap vendor berkenaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku memandangkan isu kebersihan makanan bukanlah perkara yang wajar dipandang remeh.

“Saya selalu beli laksa di kedai ini. Memang favourite saya. Pada hari kejadian, saya ada report melalui Shopee Food. Tapi masih belum ada respons dari side mereka. Saya terkilan sebab kedai itu kegemaran saya.

Saya tak ada niat nak jatuhkan sesiapa.
Saya tak ada masa nak ambil ulat
sampah dan letak dalam makanan.
DHANEA

“Harapan saya agar mereka clarify dengan saya dan siasat francais mereka yang terlibat. Saya tak harapkan refund cuma mahu mereka tingkatkan kualiti serta kebersihan.

“Buat masa ini saya akan berhenti beli laksa dari kedai itu. Saya harap kes ini dapat beri kesedaran kepada vendor lain juga. Risau boleh kena penyakit kalau kualiti makanan teruk,” ujarnya.

Mengulas perkongsian video yang kini tular di TikTok, Dhanea berkata beberapa individu turut berkongsi pengalaman kurang baik dengan kedai yang sama.

Dedah Dhanea, dia belum menerima respons kedai berkenaan sehingga ke hari ini.

Namun, ada segelintir individu turut meragui perkongsian tersebut kerana pelik melihat ulat yang masih hidup di dalam kuah laksa yang panas.

“Saya terkejut bila viral. Saya kongsi video untuk create awareness. Ia melibatkan hal kesihatan, kalau pelanggan jatuh sakit, banyak kesannya nanti.

“Saya tertanya-tanya, kenapa saya yang kena. Tapi tak apa, saya terima apa yang berlaku sebagai takdir. Saya akan berhenti beli laksa dari kedai tu.

Antara komen netizen di TikTok.

“Ada netizen yang komen mengenai kualiti kurang memuaskan kedai tu. Ada juga yang cakap saya nak sabotaj. Saya tak ada niat nak jatuhkan sesiapa. Saya tak ada masa nak ambil ulat sampah dan letak dalam makanan.

“Saya bukanlah instafamous. Jadi saya enggan layan sebarang komen negatif sebab mereka tak ada di tempat saya. Saya cuma nak tegakkan kebenaran,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 11:46 am

Latest Articles

Skip to toolbar