20.8 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Pelanggan luah rasa kecewa beli kentang goreng berkulat, dan masam

Tular di media sosial Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eca Rahimi yang meluahkan rasa kecewa apabila ditipu peniaga telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu menunjukkan kentang goreng yang dibelinya sudah berkulat dan rasa masam.

Difahamkan, peniaga itu telah menutup bahagian atas dengan kentang yang baru digoreng namun di bahagian bawahnya seperti sudah ditinggalkan dalam tempoh yang lama.

Niaga la betul-betul. Kentang berkulat , masam.

Menurut wanita itu, dia telah membeli kentang goreng di Pantai Remis Sungai Sembilang untuk dimakan dirumah namun terkejut melihat bahagian bawah kentang yang sudah berkulat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mengecam tindakan peniaga itu kerana dianggap seperti tidak ikhlas berniaga dan hanya mahukan keuntungan sahaja.

Kadang-kadang bebola nugget sosej pun diaorang jual yang semalam punya..
Kalau nk beli, baik beli benda yang masak dekat situ.. – netizen.

“Tak tahu la nak cakap tapi dekat pantai makanan semua macam dah berapa hari dijual balik, lagi satu harga diaorang jual mengalahkan harga luar.. bukan nak kecam, tapi serik sumpah susah nak jumpa yang sedap,” tulis seorang pengguna Facebook.

Sumber : Facebook

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 24, 2022 8:30 pm

Latest Articles

Skip to toolbar