21.4 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Pelakon Aripah Damanhuri ditidurkan

Kuala Lumpur: Pelakon veteran Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah malam tadi selepas paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan.

Anaknya yang dikenali sebagai Boy memaklumkan berita itu menerusi kumpulan WhatsApp Hijrah Artis

“Assalam wbt semua. Saya Boy, anak Mak Aripah Damanhuri, nak beritahu yang mak sekarang ini sedang diintubate @ ditidurkan di kecemasan HKL. Doktor ‘suspek’ (syak) jangkitan kuman di paru-paru. Pohon doa semua ye agar urusan mak dipermudahkan Insya-Allah,” katanya.

Boy ketika dihubungi berkata, ibunya bukanla menghidap penyakit yang terlalu teruk cuma dia ada dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh awal bukan ini akibat gout.

“Namun, selepas dibenarkan keluar, emak mula hilang selera makan dan minum tapi keadaannya masih okey. Bagaimanapun, baru-baru ini emak agak teruk apabila dia tak nak makan langsung dan sebagainya sehinggalah petang semalam dia tak respon semua.

“Kami terus panggil ambulans bawa ke HKL. Doktor buat pemeriksaan dan mendapati bacaan oksigennya menurun kepada 80 peratus dan bacaan darah pun rendah,” katanya.

Menurutnya, doktor membuat keputusan menidurkan ibunya dan memaklumkan empat organnya terjejas tetapi bukannya rosak.

“Sekarang doktor memastikan emak bergantung kepada bantuan pernafasan dan beberapa peralatan penting. Kami sedang tunggu perkembangan lanjut. Doakan kesembuhan emak. Apapun kami bersedia dengan segala kemungkinan dan berdoa agar urusannya dipermudahkan,” katanya.

Aripah yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri banyak membintangi drama sejak 1980-an.

“Emak sudah lima tahun bersara dari lakonan. Masanya banyak diisi dengan mengikuti program santai bersama kawan-kawan artis,” katanya.

Sumber : Harian Metro / Durian Merah

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 1:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar