23.1 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

Pekerja panik bas kilang terbakar di Port Klang

Klang: Sekumpulan 20 pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbakar ketika melalui Persiaran Raja Muda Musa Pelabuhan Klang di sini petang semalam.

Bagaimanapun kesemua pekerja termasuk pemandu bas terbabit sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian pada jam 6.20 petang itu, bas yang terbakar itu turut melanggar satu kereta jenis Perodua Kancil.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati bas itu dari Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang untuk menghantar pekerja.

“Apabila sampai di Persiaran Raja Muda Musa berhampiran pekan Pelabuhan Klang (menghala Jalan Kem), secara tiba-tiba asap keluar di bahagian gear bas.

“Pemandu bas yang berusia 30 tahun itu kemudian memberhentikan bas di tepi jalan dan mengarahkan penumpang untuk turun.

“Bagaimanapun tiba-tiba bas berkenaan bergerak sendiri dengan perlahan dan melanggar belakang sebuah kereta sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berhenti hadapan sebuah kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata seramai enam anggota termasuk pegawai bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.

Katanya, bas itu dianggarkan terbakar 40 peratus.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 54 saat yang memaparkan berkaitan kejadian berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 3, 2022 1:31 am

Latest Articles

Skip to toolbar