25.4 C
Malaysia
Monday, December 11, 2023

Peguam disyaki terima sogokan RM100,000 bantu tutup kes ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang peguam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000 kononnya untuk membantu menutup kes yang sedang disiasat suruhanjaya itu.

Sumber berkata, peguam lelaki berusia 50an itu ditahan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, 4 petang tadi.

Katanya, peguam berkenaan sebelum itu dikatakan sudah meminta wang berjumlah RM4 juta daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya SPRM tidak menyiasat syarikat berkenaan yang mempunyai kaitan dengan sebuah projek pembangunan.

“Pemilik syarikat itu bagaimanapun membayar RM100,000 terlebih dahulu sebagai pendahuluan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 11, 2023 10:01 am

Latest Articles

Skip to toolbar