23.1 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Pecah tabung masjid lebih 50 kali , dua rakan akhirnya dicekup

SIK: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Itu peribahasa yang menggambarkan kelicikan dua penganggur yang sering melakukan jenayah pecah tabung masjid.

Selepas lebih 50 kali melakukan kegiatan itu di beberapa lokasi, kedua-dua suspek yang terdiri daripada wanita berusia 27 tahun dan lelaki berusia 29 tahun itu akhirnya ditangkap selepas memecah tabung sebuah masjid di Kampung Begia, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, kedua-dua mereka ditangkap pada pukul 4.44 petang semalam selepas polis menerima laporan daripada pihak pengurusan masjid.

“Kedua-dua suspek itu mengaku terlibat dalam kes pecah tabung masjid di sekitar Sik, Yan, Pendang, Baling, Kota Setar dan Padang Terap. Mereka sering melakukan perbuatan itu dengan menaiki kereta Proton Iswara berwarna kelabu milik suspek berusia 27 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdull Razak, hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek, mereka mengaku mula terlibat dalam kegiatan terbabit sejak Disember tahun lalu.

Katanya, pemilik kereta tersebut turut mempunyai status dikehendaki bersangkut laporan polis di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan di Yan.

“Saringan awal air kencing ke atas mereka mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 380,” katanya.

Sumber : UTUSAN

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 1:48 pm

Latest Articles

Skip to toolbar