22.9 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Pati sembunyi didalam kereta ditahan

PASIR MAS: Cubaan seorang tekong darat menyeludup 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan kereta Proton Waja dikesan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di Jalan Pintasan Pasir Mas, Kampung Jeram Perdah, di sini, jam 3 awal pagi tadi.

Semua PATI warga Myanmar yang terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita dibawa secara berhimpit di bahagian tempat duduk penumpang selain ada di antara mereka yang ‘disumbat’ di dalam bonet kereta.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi, berkata ketika kejadian anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak dengan kereta terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota kemudian menahan kereta itu dan memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa sebelum meminta pemandu yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun, mengemukakan kad pengenalan diri.

“Anggota kemudian menemui sekumpulan warga Myanmar yang berhimpit di bahagian tempat duduk penumpang serta di dalam bonet. Selepas disoal siasat, semua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah termasuk pengenalan diri dan permit perjalanan.

“Semua PATI dan pemandu yang disyaki sebagai tekong ditahan, manakala kereta dirampas untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bagi tujuan siasatan lanjut.

“Susulan daripada kes berkenaan, pada jam 4 pagi, hari yang sama, anggota menyerbu sebuah kediaman di Kampung Pangkal Pisang, Kota Bharu, dan menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki turut menjadi dalang penyeludupan PATI,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azhari berkata, dalam serbuan kedua itu pihaknya turut menemui sebiji pil kuda di dalam kereta Toyota Vious milik suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran(ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Siasatan lanjut mendapati dua suspek warga tempatan itu disyaki berperanan sebagai ‘transpoter’ dengan mengenakan upah sebanyak RM400 bagi setiap PATI yang dibawa ke Kuala Lumpur bagi tujuan mendapatkan pekerjaan.

“Penyeludup juga didapati menggunakan modus operandi dengan membawa masuk PATI melalui jalan sungai pada waktu awal pagi atau tengah malam kerana menyangka ia selamat daripada pihak berkuasa.

“Setiap pegawai dan anggota yang bertugas untuk Ops Wawasan Kelantan bersiap siaga 24 jam tanpa mengira waktu bagi memastikan kegiatan sebarang jenis penyeludupan dapat dibanteras,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 5:49 pm

Latest Articles

Skip to toolbar