22.5 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

PATI bayar 7 juta Rupiah untuk masuk ke Malaysia

KUALA LANGAT – Cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) menceroboh negara selepas membayar RM2,000 setiap seorang kepada ejen sindiket gagal selepas dicekup menerusi Ops Nyah 1 di Morib, di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, 15 PATI berusia 19 hingga 58 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.50 pagi oleh sepasukan Batalion 4 PGA Semenyih bersama anggota Sukarelawan Malaysia (Rela).

Menurutnya, PATI yang terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.

“Kita percaya PATI itu tiada hala tuju dan hanya akan menghubungi kenalan yang berada di Malaysia jika berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

“Siasatan awal mendapati setiap PATI ini membayar antara 5 juta Rupiah (RM1464.89) hingga 7 juta Rupiah (RM2050.85) kepada ejen sindiket di Indonesia,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, kesemua PATI itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, dengan kemasukan PATI ini tidak tolak kemungkinan wujudnya jaringan dengan ejen sindiket yang berada di Malaysia.

Jelasnya, modus operandi sindiket ialah menyasarkan migran yang mahu bekerja di Malaysia dengan memberi jaminan peluang pekerjaan selain keselamatan ketika perjalanan masuk.

Katanya, PATI yang bersetuju dikehendaki membayar sejumlah wang sebelum menaiki bot nelayan dan akan berada di perairan sehingga dua malam bagi memastikan laluan selamat.

“Apabila sampai di perairan Malaysia, PATI akan diturunkan di tepi pantai dan menunggu hari cerah untuk meneruskan perjalanan dengan menghubungi kenderaan e-hailing atau kenalan,” katanya.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Sumber : Sinar Harian

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,532
Total active cases
Updated on September 26, 2022 11:43 am

Latest Articles

Skip to toolbar