32 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Padah bila muat naik video anak memandu di TikTok

Pontian: Menyedari video anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta tular dan disiasat polis, pasangan suami isteri menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pasangan suami isteri itu bersama tiga anaknya tampil ke IPD Pontian, 10 pagi hari ini, untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan berdasarkan video tular di Facebook kelmarin yang memaparkan kanak-kanak lelaki memandu kereta Perodua Kancil dengan dua kanak-kanak lain duduk di bahagian hadapan kenderaan itu.

“Kejadian itu berlaku 7 pagi Selasa lalu (kelmarin) di pekan Nanas di sini, ketika mereka bersiap ke sekolah.

“Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui [email protected] 1 yang memaparkan video itu adalah akaun miliknya,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selain itu, pemilik kenderaan berkenaan boleh disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987, ” katanya.

Sumber : Harian Metro / IPOH SAHAJA

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 8:37 am

Latest Articles

Skip to toolbar