20.9 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Orang Ramai Persoal Kos Pembinaan Jambatan Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak

Tular sebuah hantaran di Facebook apabila pihak Jabatan Kerja Raya Miri, Sarawak merasmikan sebuah jambatan kayu yang menelan belanja sehingga RM50,000.

Dalam salah satu muat naik di Facebook, Corporate Communication JKR Sarawak menunjukkan perasmian jeti baharu Kampung Mutap yang telah diadakan pada 6 April 2022 yang lalu.

Difahamkan bahawa jambatan bernilai ‘premium’ ini bakal menggantikan jeti lama dan mengambil masa sehingga hampir sebulan untuk disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya iaitu bermula pada 7 Mac 2022 dan siap pada 1 April 2022.

“Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.00. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.

“Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu,” katanya

Bagaimanapun, hantaran ini mendapat tempias yang kurang enak daripada netizen. Jambatan yang bernilai ‘premium’ ini dianggap lekeh oleh netizen dan tidak kena pada harganya.

“Terbaik Kerajaan Negeri Sarawak…sepatutnya kalau dilihat project ni saya rasa rm 100,000 tapi dapat dijimatkan rm 50,000 terbaikk.. sayang abang jo,” kata salah seorang netizen.

“Sepatutnya, kos 50k dah boleh buat sebuah jeti konkrit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan, tak pun sebuah jambatan simple dengan penghadang yang boleh sampai ke tebing sungai sana,” kata netizen yang lain.

“RM 50K ya. Beli kayu, upah Bangla etc. Less rm20k. Balance? Administrative cost, consultant fee etc.”

Sumber : The vocket

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 23, 2022 6:55 pm

Latest Articles

Skip to toolbar