22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Ops Didik saman 25 motosikal yang ditunggang pelajar sekolah

Nilai: Tiada lesen kenderaan namun puluhan pelajar sekolah bebas merayau menunggang motosikal termasuk menggunakannya ke sekolah setiap hari.

Tindakan itu mengundang padah apabila sebanyak 29 saman dikeluarkan polis selepas melakukan pemeriksaan terhadap 25 motosikal yang ditunggang pelajar sekolah di daerah ini.

Operasi dilakukan menerusi Op Didik yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, tadi.

Hasil pemeriksaan dijalankan bermula jam 1 tengah hari itu mendapati kesalahan tiada lesen memandu mencatatkan saman paling banyak dan ini sekali gus menimbulkan persoalan adakah ibu bapa tidak mengetahui anak mereka ke sekolah dengan menunggang motosikal tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, sesuai dengan namanya, operasi berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada golongan remaja mengenai keselamatan jalan raya.

“Operasi ini dijalankan ketika waktu persekolahan tamat dan pelajar pulang dari sekolah di kawasan sebuah sekolah di daerah ini.

“Dalam operasi ini kami memeriksa 25 pelajar bersama motosikal masing-masing. Sebanyak 29 saman dikeluarkan terhadap pelajar kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan trafik,” katanya, tadi.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kesalahan tiada lesen memandu mencatatkan jumlah kesalahan tertinggi diikuti cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

Katanya, Op Didik itu diadakan untuk memberi pendidikan serta advokasi kepada pelajar supaya mengambil langkah keselamatan ketika menggunakan motosikal dan dalam masa sama memberi peringatan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

Sumber : Newexplorer.net

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar