22.1 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Noraini minta UiTM beri penjelasan isu menghina B40

Universiti Teknologi Mara (UiTM) diminta memberi penjelasan mengenai isu seorang pensyarah universiti berkenaan yang didakwa menghina golongan B40 seperti tular di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.

“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini.

“Saya sudah berhubung dengan pihak UiTM untuk meminta penjelasan mereka,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu video dipercayai sesi pengajian secara dalam talian yang dikendalikan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar dikatakan tidak membeli komputer riba, selain mengaitkan dengan isu B40.

Tindakan pensyarah itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila wanita itu dikatakan menghina golongan B40.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 6:00 pm

Latest Articles

Skip to toolbar