22.7 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Noor Hisham kesal pemandu sengaja halang laluan Ambulans

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V menghalang laluan sebuah ambulans walaupun siren telah lama dibunyikan mendapat kritikan banyak pihak.

Turut sama berkongsi sikap pentingkan diri pemandu berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Facebook beliau.

“Astaghfirullah masih ada pemandu yang pentingkan diri sendiri sampai sengaja tidak memberikan laluan kepada pihak ambulan walaupun siren ambulan sudah lama dibunyikan di belakang kereta ini,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 39 saat yang dikongsi di Facebook itu memperlihatkan pemandu Honda CR-V yang tidak mengubah laluannya di lorong kanan biarpun siren ambulans telah lama dibunyikan.

Sikap pemandu berkenaan yang tidak memberi laluan kepada ambulans itu membuatkan ramai naik angin.

“Tunggu satu masa dia sakit, naik ambulans dan sangkut dalam trafik baru ada akal,” komen Nazhan Nasuffi.

“Menghalang penjawat awam ini, harap PDRM tangkap dan ambil tindakan,” tulis Ridzuan Yacob.

“Selepas ditularkan ini harap pemandu berubah, Tak kisah siapa pemandu ini sekalipun. Kalau nampak ambulans di belakang, tolong beri laluan untuk kecemasan,” ujar Omie Sungkai.

Sumber : KOSMO! ONLINE.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 5:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar