21.8 C
Malaysia
Sunday, June 11, 2023

Nicky Liow akhirnya serah diri selepas setahun diburu

KUALA LUMPUR: Selepas setahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow akhirnya menyerah diri kepada polis.

Nicky, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, jam 11 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata ahli perniagaan itu ketika ini berdepan lebih 20 kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

“Dia (Nicky) akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok (hari ini) untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

“Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA,” katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, sebelum ini siasatan berhubung Seksyen 130 V hingga Seksyen 130 ZB Kanun Keseksaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digugurkan oleh mahkamah.

BH sebelum ini melaporkan, Nicky diburu selepas Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebelum menahan 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket itu sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.

Nicky juga pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, lima tahun lalu.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 11, 2023 1:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar