24.8 C
Malaysia
Tuesday, September 20, 2022

Netflix Kehilangan 200,000 Pelanggan, Penurunan Pertama dalam Dekad

BENGALURU/LOS ANGELES: Inflasi, perang di Ukraine dan persaingan sengit menyumbang kepada kehilangan pelanggan Netflix Inc buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad dan meramalkan kerugian yang lebih besar pada masa hadapan.

Perkembangan itu menandakan peralihan mendadak bagi syarikat penstriman yang berkembang maju semasa pandemik.

Syarikat itu berkata, ia kehilangan 200,000 pelanggan pada suku pertama tahun ini, menyimpang jauh daripada unjuran untuk menambah 2.5 juta pelanggan.

Penggantungan perkhidmatan di Russia selepas pencerobohan Ukraine telah mendatangkan kesan dengan mengakibatkan kehilangan 700,000 pelanggan.

Saham Netflix jatuh 26 peratus di Wall Street pada awal dagangan Selasa dan melenyapkan kira-kira AS$40 bilion nilai pasaran sahamnya.

Sejak ia memberi amaran pada Januari mengenai pertumbuhan pelanggan yang lemah, syarikat itu telah kehilangan hampir separuh daripada nilainya.

Syarikat itu tertinggal di belakang dari segi pertumbuhan pelanggan, sekali gus mendorong Netflix untuk mempertimbangkan penawaran versi perkhidmatan yang lebih rendah dengan pengiklanan, memetik kejayaan serupa yang ditawarkan daripada pesaingnya, HBO Max dan Disney+.

“Mereka yang mengikuti Netflix tahu bahawa saya menentang kerumitan pengiklanan, dan lebih berminat terhadap langganan yang ringkas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Reed Hastings.

Netflix memberikan unjuran yang suram untuk suku kewangan semasa, apabila meramalkan ia akan kehilangan dua juta pelanggan, di seblik kemunculan siri yang dinanti-nantikan seperti ‘Stranger Things’ dan ‘Ozark’ selain penampilan sulung filem ‘The Grey Man’, dibintangi oleh Chris Evans dan Ryan Gosling.

Kejatuhan itu memberi kesan pada saham berkaitan penstriman video lain, dengan Roku jatuh lebih enam peratus, Walt Disney jatuh 5.0 peratus dan Warner Bros Discovery turun 3.5 peratus.

Hastings memberitahu pelabur bahawa pandemik telah menyebabkan banyak gangguan, sekali gus menyukarkan syarikat untuk mentafsir lonjakan dan surut perniagaan langganannya sejak dua tahun lalu.

Penyebabnya adalah gabungan persaingan dan bilangan akaun yang berkongsi kata laluan, menjadikannya lebih sukar untuk berkembang.

Sumber : Reuters

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,083
Total active cases
Updated on September 20, 2022 10:02 am

Latest Articles

Skip to toolbar