24.8 C
Malaysia
Sunday, May 28, 2023

Neelofa berpurdah, tapi gaya tetap ‘vogue’

LAMA rasanya tak lihat Neelofa tampil berfesyen selepas mengambil keputusan untuk mengenakan purdah sejak setahun lalu.

Seperti diketahui ramai, sebelum Neelofa mengambil keputusan berpurdah, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu memang terkenal sebagai selebriti tempatan yang bijak bergaya dan selalu tampil dengan pakaian berjenama antarabangsa.

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi menarik perhatian ramai ketika menjadi tetamu istimewa dalam program MeleTOP apabila tampil penuh bergaya walaupun dalam keadaan berhijab.

Ketika tampil dalam program tersebut, Neelofa dilihat memakai sepasang pakaian dengan rona ‘metalic silver’.

Jaket ‘oversized’ yang digayakan Neelofa sangat menyerlah sehingga menampakkan ibu kepada seorang cahaya mata itu kelihatan lebih ranggi. Macam model antarabangsa.

Rata-rata peminat termasuk Diva sendiri teruja melihat Neelofa kembali berfesyen selepas asyik dilihat berjubah sepanjang masa.

Malah, ada juga yang menggelar Neelofa sebagai muslimah moden kerana masih mampu bergaya dalam imej berpurdah.

“Cantiknya! Masih bergaya walaupun berpurdah,” kata seorang netizen.

“Tetap ‘vogue’ walaupun berpurdah,” komen seorang lagi peminatnya.

“Pakai apa pun cantik,” kata seorang lagi netizen.

Nama pun Neelofa, memanglah vogue!

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 10:57 am

Latest Articles

Skip to toolbar