21.2 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Natasha Hudson Selamat Bernikah Lagi

Kuala Lumpur: “Tidak perlu perbesarkan kali keberapa perkahwinan ini, saya harap artikel mengenai rumah tangga saya berbaur positif kerana tidak memerlukan negativiti serta publisiti murahan.

“Tolong hormati sensitiviti terhadap semua aspek. Ini kerana kami juga manusia yang punya hati dan perasaan. Dengan hati kecil, kami memerlukan doa dan sokongan daripada semua pihak”.

Begitulah perkongsian pelakon Natasha Hudson yang mengesahkan perkahwinannya bersama jejak pilihan, Jay Jasmin.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.

Difahamkan, Natasha mula berkawan rapat dengan Jay yang berusia lebih muda semasa menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.

Bersyukur hubungan itu berakhir di jenjang pelamin, Natasha, 39, berkata dia memilih Jay sebagai pasangan hidup kerana mereka berkongsi banyak persamaan.

Menerusi Instastory, aktres berusia  ini turut memuat naik semula beberapa keping foto yang dikongsi oleh rakan selebriti dan kenalan yang hadir ke majlis pernikahan mereka itu.

“Untuk kali ini, saya minta semua orang mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama. Terima kasih di atas ucapan dan doa untuk perkahwinan ini.

“Alhamdulillah, ramai yang menyayangi dan memberikan kata-kata semangat buat kami berdua. Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan perhubungan kami ini,” katanya.

Dalam perkongsiannya di Instagram itu, pasangan ini dilihat mengenakan baju sedondon berwarna peach dan duduk bergambar di atas pelamin ringkas.

Sejurus upacara pernikahan itu, pasangan ini mengadakan majlis resepsi secara kecil-kecilan dihadiri keluarga dan rakan-rakan di kediaman pengantin lelaki.

Terdahulu, Natasha bercerai dengan suami keempatnya, Noor Nashriq pada Oktober 2019 selepas setahun berkahwin.

Pada 2018, Nastasha bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza selepas berkahwin pada April 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz pada 2006 namun rumah tangga hanya bertahan selama empat bulan.

Kemudian, Natasha berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun hanya bertahan dua tahun saja. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar