22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Musa – penyeri hidup Mizz Nina & Noh Salleh

Selebriti Mizz Nina turut meluahkan rasa bersyukur dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya, apatah lagi apabila ujian hadir ketika bulan Ramadan yang penuh mulia.

Katanya, Allah SWT menguji orang-orang yang paling dikasihi Nya untuk melihat bagaimana kita memberi respons terhadap situasi-situasi yang dipertemukan oleh Nya.

“Banyak kali kita tersesat dan lupa tentang kebaikan dan pertumbuhan yang berlaku di sebalik ujian ini, bagaimana Allah menghapus dosa-dosa kita untuk setiap air mata yang jatuh, dan juga setiap kesakitan.

“Kesakitan yang kita rasakan dalam badan kita, menyucikan diri kita sendiri. Kadang-kadang kita perlu merasai kesakitan, supaya kita boleh ingat untuk menjadi hamba yang bersyukur.

“Malah, untuk memecahkan ego yang ada dalam diri, mengakui kekurangan kita dan berserah diri kepada Allah. Saya bersyukur dengan ujian yang datang, tepat pada Ramadan.

“Saya berdoa agar Allah izinkan saya memasuki dan menyambut bulan Ramadan dengan hati yang lebih lembut, suci dan bersedia untuk beribadah dengan sebaik-baiknya. Sangat berbeza bergelar seorang ibu sekarang!,” tulisnya.

Awal bulan lalu, Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan lagi kehidupan mereka.

Pasangan itu membuat keputusan untuk mengambil anak angkat dibuat selepas menjalani pelbagai rawatan untuk memperoleh zuriat.

Mereka bagaimana pun tidak berkongsi butir lanjut mengenai Musa. Untuk rekod, Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 6:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar