20.7 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Muka je hodoh, harga mahal

Kuala Terengganu: Seekor kambing baka jamnapari yang diternak seorang pemuda tidak ubah seperti hantu namun ia menjadi kegilaan ramai hingga ditawar dengan harga yang tinggi kerana sukar diperolehi.

Kambing jamnapari yang dipanggil leweh itu ditawar hingga mencecah RM10,000 oleh seorang peminatnya baru-baru ini.

Pemiliknya, Mohd Asrol Gulam Mohd, 36, dari Kampung Surau Panjang berkata, kambing jamnapari miliknya itu dibeli ketika berusia tujuh bulan dengan harga RM7,000 seekor.

“Saya tidak akan jual leweh walaupun ditawar dengan harga RM20,000 kerana kambing seperti itu hanya satu dalam seribu.

“Leweh sudah banyak berjasa kepada saya, saya banyak menjual anak-anak leweh dan ada antaranya berharga hingga RM9,000 untuk empat ekor.

“Malah kambing jamnapari seperti leweh sukar diperolehi sekarang dan jika ada pun ia berharga tinggi serta diimport dari Indonesia,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Dia berkata, kambing jamnapari berusia lebih dua tahun itu ditawar dengan harga RM10,000 seekor tetapi dia tidak berhasrat untuk menjualnya.

“Biar saya bela leweh hingga ke akhir hayatnya, lagipun leweh masih produktif sebagai pembaka dan pejantan utama di kandang.

“Terbaru leweh mencipta rekod tersendiri apabila menjuarai pertandingan kambing baka 2022 selain dipilih sebagai kambing juara antara juara pada pertandingan itu,” katanya.

Menurutnya, kemenangan leweh menyebabkan harganya semakin melambung dan digilai peminat kambing jamnapari di seluruh negeri ini.

“Selain leweh, saya mempunyai 14 ekor kambing jamnapari yang diternak lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,659
Total active cases
Updated on September 22, 2022 11:45 pm

Latest Articles

Skip to toolbar