22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Motosikal kena tarik di sangka dicuri oleh dua lelaki

TULAR di laman sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi dua lelaki didakwa mencuri sebuah motosikal dekat Kampung Masjid Masai, Seri Alam,Johor pada pukul 1.30 petang hari ini.

Menerusi rakaman terbabit turut menunjukkan aksi dua lelaki mengangkat sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC sebelum memasukkan ke dalam kenderaan utiliti sukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut bukanlah seperti yang didakwa.

Sebaliknya, motosikal tersebut telah ditarik kerana gagal membayar tunggakan ansuran bulanan.“Dua lelaki di dalam rakaman tersebut merupakan wakil sebuah syarikat kredit,” katanya.

Jelasnya, wakil syarikat kredit terbabit telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Taman Jaya.Pada petang tadi seorang pengguna Facebook telah memuat naik rakaman kejadian tersebut di laman sosial beserta dua keping gambar meminta bantuan orang ramai mencari motosikal yang dikatakan “dicuri”.

“Assalamualikum minta jasa baik kawan2 tlg cari si penyamun..no plat lc135 v6 jrx 1874..kejadian kul 1:30 ptg Area seri alam, masai Jalan tanjung kampung masjid masai,” tulisnya hantaran Facebook itu.

Sumber : UTUSAN

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar