KUALA LUMPUR: Umno mencadangkan Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung, Ahmad Maslan, memaklumkan perkara itu selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno hari ini.
“MKT Umno sebulat suara mencadangkan Ismail menjadi calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang,” katanya kepada media selepas mesyuarat MKT.
Ismail antara tiga naib presiden Umno.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Perhimpunan Agung Umno khas akan diadakan 14 Mei ini untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan parti diadakan selepas setiap pilihan raya umum (PRU).
Bulan lalu, Perhimpunan Agung Umno bersetuju menangguhkan pemilihan parti enam bulan selepas PRU.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dalam Perhimpunan Agung Umno bulan lalu berkata, penangguhan itu jika tidak diluluskan, ia bimbang bibit perpecahan mungkin berlaku dalam parti.
Sumber : Free Malaysia Today
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter