24.1 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Mirip Siti Sarah, wanita ini buat Uwais toleh melihat berkali-kali

TIDAK dinafikan memang wujud manusia yang seiras walaupun tidak mempunyai pertalian darah.

Kata orang-orang tua, dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah yang sama atau seiras dengan kita.

Pernah dikaitkan kerana seiras dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisudin tidak lama dahulu, seorang wanita bernama Emy akhirnya dipertemukan dengan keluarga penyanyi itu.

Menerusi laman sosial Instagram, ibu tiri Allahyarham iaitu Siti Fatimah Suberi membuat kejutan ‘hadiah’ kepada suaminya, pelakon Raisudin Hamzah.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah anak sulung Allahyarham iaitu Uwais Alqarni, 11.

Selain Raisudin yang dilihat terkejut, Uwais juga menoleh beberapa kali ke arah Emy semasa wanita itu membawa kek hari lahir ke meja

Menurut Siti Fatimah yang mesra dengan panggilan Makder, mereka sekeluarga sudah lama ingin bertemu Emy. Pertemuan bermakna itu bagaimanapunapun berjaya diatur sempena hari lahir suaminya.

“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada beritahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy.

“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan kerana faktor kesibukan. Sempena hari lahir, kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.

“Terima kasih kepada Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” titip Siti Fatimah yang turut menitiskan air mata.

Warga maya rata-rata tersentuh dengan perkongsian itu. Lebih-lebih lagi apabila melihat anak sulung Allahyarham, Uwais yang beberapa kali melihat ke arah Emy yang seiras ibunya.

-“Seiras tapi tak boleh peluk cium, sebaknya. Uwais pun mampu tengok je.”

-“Banyak kali Uwais tengok.”

-“Ya ALLAH, mata masuk habuk. Al-Fatihah buat Allahyarham Siti Sarah.”

-“Nampak kerinduan pada wajah ayah Arwah. Allahuakbar.”

Allahyarham Siti Sarah Raisudin menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi 9 Ogos 2021 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia selepas dijangkiti Covid-19.

Allahyarham sebelum itu menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan anak keempatnya, Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011 dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan berusia 9 bulan.

Sumber : Sinar Plus

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 9:56 am

Latest Articles

Skip to toolbar