31.6 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

Merempit pakai kain pelikat

Kangar: Walaupun dengan hanya memakai kain pelekat, seorang lelaki sanggup menggadai nyawanya dengan menunggang secara melulu dan berbahaya ketika berlumba bersama dua lagi rakannya di Jalan Kuala Perlis-Changlun, di sini, Khamis lali.

Namun, ‘kehebatan’ tidak bertempat lelaki itu bagaimanapun terhenti selepas dia dan rakannya diberkas polis dalam Operasi Samseng Jalanan/Lumba Haram yang dijalankan di KM10-KM15 Jalan Kuala Perlis, Changlun, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, operasi sekitar jam 2 pagi selepas pihaknya kerap menerima aduan penduduk setempat berkenaan kegiatan lumba haram di lokasi berkenaan.

“Anggota kita dari Skuad 42 yang sedang memantau lokasi berkenaan ternampak tiga lelaki bersama motosikal masing-masing sedang melakukan aksi menunggang secara melulu dan berbahaya dengan berlumba sesama sendiri.

“Suspek juga didapati melakukan aksi tunggangan secara zig-zag dengan menundukkan kepala dalam kelajuan yang tinggi dengan niat hendak saling potong memotong secara berbahaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, polis mengekori ketiga-tiga suspek bermula dari KM10 hingga KM15 Jalan Kuala Perlis-Changlun sebelum menahan suspek berusia antara 17 hingga 21 di beberapa lokasi berasingan.

“Dua daripada suspek bekerja sebagai tukang kebun dan pembantu kedai manakala seorang lagi adalah penganggur.

“Malah, semasa pemantauan kami juga mendapati salah seorang daripada suspek hanya berkain pelekat sahaja ketika menunggang motosikal serta melakukan aksi berbahaya ini,” katanya.

Saifudin berkata, semakan terhadap suspek mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod Seksyen 42(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Lapan saman dikeluarkan kepada suspek kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, kesalahan berkaitan brek, ekzos bising, plat nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi serta pengubahsuaian aksesori tidak mengikut peraturan. Motosikal suspek juga turut dirampas,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,532
Total active cases
Updated on September 26, 2022 6:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar