Ferrari dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan peraturan era baru Formula Satu (F1) namun peminat menjangkakan pasukan Mercedes yang sedang bergelut dapat mencari rentak terbaik musim ini.
Ferrari yang tidak menangi sebarang kejuaraan lebih daripada sedekad, mendahului kedudukan teratas bagi kategori pemandu dan pengeluar selepas aksi mengagumkan dalam dua perlumbaan awal musim ini.
Bagaimanapun, Mercedes juara lapan gelaran kategori pengeluar sebelum ini, bertungkus-lumus untuk menyesuaikan diri dengan masalah aerodinamik jentera mereka.
“Mercedes menjadi pasukan pertama mengakui bahawa mereka tidak melakukannya dengan betul. Ferrari melakukan kerja yang sangat baik dalam menyesuaikan diri dan berada di sana bersama Red Bull
“Tetapi saya menjangkakan ia akan berubah sekarang berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana peminat mendapati prestasi bergantung kepada bahagian yang berbeza.
“Fasa pembangunan jentera berada pada tahap yang belum matang, kereta akan berubah dengan ketara daripada perlumbaan pertama hingga perlumbaan akhir… Akan ada keluk pembangunan yang sangat ketara,” kata Konsultan Teknikal F1, Rob Smedley.