21.8 C
Malaysia
Sunday, June 11, 2023

Menteri Indonesia tolak bahasa Melayu jadi bahasa rasmi kedua ASEAN

Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim, menolak cadangan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu, sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN.

Beliau mendakwa, bahasa Indonesia pilihan lebih baik untuk digunakan sebagai bahasa utama bagi ASEAN kerana ia paling banyak digunakan di Asia Tenggara, dengan penggunaannya tersebar di lebih 47 negara.

Nadiem mengemukakan cadangan itu susulan cadangan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN.

Katanya, bahasa Indonesia diajar secara meluas di banyak universiti termasuk di Eropah, Amerika Syarikat (AS), Australia dan beberapa negara Asia.

“Dengan segala kelebihan bahasa Indonesia, dari segi sejarah selain linguistik, dan bagaimana ia sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa, saya percaya bahasa Indonesia lebih sesuai.

“Ini kerana bahasa Indonesia berada di hadapan sebagai perantaraan untuk mesyuarat rasmi ASEAN,” katanya, yang dipetik portal berita Indonesia, Kompas Online.

Nadiem juga berkata, kementeriannya ditugaskan untuk mengembang, mempromosi dan melindungi bahasa serta sastera Indonesia, disamping meningkatkan fungsinya sebagai bahasa antarabangsa.

Bagaimanapun, katanya, memandangkan terdapat hasrat Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat ASEAN, cadangan berkenaan mesti dikaji dan dibincangkan secara terperinci.

“Sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, saya menolak cadangan itu tetapi memandangkan ada hasrat jiran kita untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa rasmi, sudah pasti ia perlu dikaji dan dibahaskan lebih lanjut,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Malaysia akan berbincang dengan pemimpin serantau untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda pada peringkat antarabangsa.

Ismail Sabri berkata bahasa Melayu akan digunakan pada majlis rasmi kerajaan di luar negara hanya apabila bahasa Inggeris bukan bahasa kebangsaan negara tuan rumah.

Baru-baru ini, semasa lawatan rasmi Ismail Sabri ke Indonesia, beliau sudah memaklumkan rakan sejawatannya, Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengenai hasratnya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan menjadikannya sebagai bahasa rasmi ASEAN. – AGENSI.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 11, 2023 1:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar