Thailand hari ini melaporkan rekod jangkitan baharu COVID-19 menjelang pelonggaran syarat kemasukan yang lebih mudah untuk pelancong asing.
Kementerian Kesihatan negara itu, dalam laman sesawangnya mengesahkan sejumlah 27,560 kes baharu dan 85 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, termasuk 61 kes jangkitan import.
Bermula esok, pengembara asing tidak lagi perlu membawa sijil pra-perjalanan bebas COVID-19, susulan usaha Thailand menarik lebih ramai pelancong untuk membantu negara memacu pemulihan ekonomi yang terjejas akibat coronavirus.
Pelawat luar negara bagaimanapun masih perlu menjalani ujian RT-PCR semasa ketibaan dan ujian antigen (ATK) yang secara kendiri pada hari kelima.
Peningkatan kes dikhuatiri berlaku menjelang perayaan Songkran yang akan bermula pada 13 April dan pihak berkuasa memberi amaran melarang perhimpunan besar-besaran dan mengurangkan amalan saling simbah menyimbah atau menyemburkan air untuk mengelakkan lebih ramai orang dijangkiti.
Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, sebelum ini berkata negara itu sudah menyediakan laluan untuk mengklasifikasikan wabak itu sebagai endemik dalam beberapa bulan akan datang tetapi ia bergantung kepada keupayaan mengawal wabak semasa. – AGENSI
BANGKOK: Thailand reported a record number of new Covid-19 infections on Thursday (March 31), a day before easier entry rules for foreign tourists are set to take effect.
The Health Ministry confirmed 27,560 new cases and 85 Covid-19 deaths in the past 24 hours. The infections included 61 imported cases, the ministry said on its website.
Starting on Friday, foreign travellers will no longer be required to carry a pre-travel Covid-free certificate as the tourism-reliant nation seeks to draw more holidaymakers to help it sustain a nascent economic recovery.
Overseas visitors will still be required to undergo an RT-PCR test on arrival and a self-administered antigen test on Day five.
The flare-up in cases comes ahead of the Songkran festival, the Thai new year celebrations, from April 13 with authorities cautioning against large gatherings and traditional splashing of waters on revellers to prevent more people getting infected.
The country has prepared a road-map to classify the pandemic as endemic in the coming months, but the progress towards it would be contingent on first controlling the current outbreak, Prime Minister Prayut Chan-O-Cha has said.