KAJANG – Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya pada malam Aidilfitri di sebuah rumah Ahad minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Syawalludin Ismail, 38, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.
Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati yang mana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, bapa empat orang anak itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Siti Nadirah Mohd. Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya di sini antara pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu (2022).
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter