21.1 C
Malaysia
Thursday, December 7, 2023

Mawi jadikan Zarina Anjoulie ‘Ustazah’

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengarah filem, Mawi, 41, yang menawarkan watak ustazah kepada pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah dalam filem terbaharu arahannya, Zim Zim Ala Kazim adalah bersandarkan bakat dan tidak ada kena-mengena dengan penilaian peribadi seseorang.

“Saya ambil dia (Zarina) berdasarkan watak dan bakat lakonan dimilikinya. Soal peribadi dia, memang saya tak ambil tahu langsung sebab itu urusan dia dan saya pun tak pernah nak tanya.

“Saya juga tak rasa bimbang nak bekerja dengannya kerana skrip itu memang sesuai untuk dia lakonkan. Dan, dia pun seorang yang senang bekerja dengan saya,” katanya mengulas kerjasama dengan Zarina yang sering terpalit kontroversi.

Sebelum ini, Mawi sudah bekerjasama dengan Zarina menerusi filem Hantu Kuat Ketawa yang berjaya menjadi pilihan penonton di Astro First hingga tersenarai dalam carta teratas saluran itu.

Katanya, dia juga selesa bekerja dengan pelakon sama dalam projek filemnya walaupun dilihat seakan kurang popular kerana bertepatan bajet yang ada.

“Saya hanya nak senang kerja dengan pelakon, selain sedar jumlah bajet yang ada. Bukan tak mahu ambil pelakon popular, tapi saya tahu ia akan melebihi bajet yang kita ada.

“Jadi, daripada akan mendatangkan masalah di kemudian nanti, lebih baik saya ambil pelakon-pelakon yang senang nak bekerja saja. Lagipun, ia juga tidak menyusahkan pihak saya,” katanya.

Selain Zarina, barisan pelakon filem Zim Zim Ala Kazim ialah Datuk Ustaz Kazim Elias, Along Cham, Syanie Hisham, Danial Zaini, Sharif Kadir, Santesh dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 9:51 am

Latest Articles

Skip to toolbar