24.1 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Mawar Karim Didakwa Melarikan Diri Bayar Hutang, Berdepan Risiko Bankrap

Kuala Lumpur: Usahawan Mawar Abdul Karim dinasihati untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang rakan sekali gus bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap.

“Buat masa sekarang, saya tidak dibenarkan untuk memberikan sebarang kenyataan. Saya juga sudah serahkan perkara ini pada peguam,” katanya.

Peguam dilantik Mawar, Mohd Azali Ibrahim dari Tetuan Azali & Co berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam waktu terdekat.

“Saya sahkan memang Mawar melantik saya untuk selesaikan kes dia. Buat masa ini kami masih dalam proses menasihati Mawar dari sudut perundangan. Dalam masa terdekat kami akan keluarkan kenyataan rasmi. Untuk memberikan respons mengenai dakwaan itu belum lagi buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, peguam Nik Zarith Nik Moustpha dari Tetuan Mohd Asyraf Nik Zarith & Co yang mewakili plantif iaitu kenalan Mawar bernama Nabil Mat Jahya ketika dihubungi berkata, apa yang berlaku bukan fitnah.

“Perkara ini bukan fitnah. Memang betul dan ada perjanjian pinjaman antara anak guam saya dan defendan (Mawar) yang dibuat pada 7 Jun tahun lalu. Tapi saya tak bolehlah kongsikan isi perjanjian mereka,” katanya.

Menurut Nik Zarith, perkara itu sepatutnya menjadi lebih mudah jika Mawar yang juga bekas isteri pelakon Fizo Omar membayar pinjaman seperti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Perkara ini bukan susah, ia ringkas saja. Defenden iaitu Mawar ada perjanjian pinjaman dengan plantif iaitu Nabil. Duit diberi pada Mawar berjumlah RM720,000 dan perlu dijelaskan secara ansuran atau bayaran penuh hingga hujung tahun lalu. Tapi dia tak bayar langsung. Sebab itu anak guam saya ambil tindakan. Mahu atau tidak, Mawar kena bayar balik. Itu tanggungjawab, tapi dia gagal berbuat demikian. Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada sebarang jawapan.

“Itu yang pihak kami kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu. Pihak mahkamah sudah mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak Mawar,” katanya.

Menurut Nik Zarith, menerusi notis penghakiman ingkar kehadiran, Mawar dikehendaki membayar semula wang yang sudah dipinjam.

“Kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya. Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharan bankrap boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 10:56 am

Latest Articles

Skip to toolbar